Sultan Selangor Berkenan MAIS Batal Keahlian Zamihan

Sultan Selangor berkenan agar Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menarik balik tauliah mengajar penceramah kontroversi Zamihan Mat Zain.

Kenyataan baginda dikeluarkan Setiausaha Dewan Diraja Selangor Hanafisah Jais dimana baginda memperkenankan tindakan itu menerusi Peraturan 4, Peraturan-peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008.

Beliau berkata, tindakan itu adalah lanjutan daripada satu ceramah agama yang disampaikan oleh Dr Zamihan bin Mat Zin yang mengandungi perkataan-perkataan bersifat rasis, kurang beradap dan kritikan melampau terhadap institusi diraja.

“Tambahan pula, ceramah agama yang disampaikan oleh beliau diadakan di masjid diraja, yang mana ceramah agama seperti ini tidak sepatutnya berlaku,” tulis kenyataan itu.

Baginda turut menitahkan agar dua perlu dilaksanakan dan dikuatkuasakan oleh semua pengurusan masjid dan surau negeri Selangor.

“Pertama, membuat rakaman video bagi setiap ceramah masjid dan surau yang diadakan di seluruh negeri Selangor bagi merekod dan memantau bagi setiap isi kandungan yang berlangsung agar peruntukan undang-undang yang digariskan di dalam peraturan-peraturan tauliah negeri Selangor 2008 dan peraturan peraturan masjid dan surau negeri Selangor 2017 dipatuhi.

“Penggunaan pembesar suara bagi ceramah dan kuliah negeri Selangor hendaklah dihadkan hendaklah dihadkan di surau atau masjid sahaja dan tidak di luar kawasan masjid atau surau kecuali untuk laungan azan dan bacaan ayat suci al quran. Larangan ini bagi memelihara imej Islam yang mementingkan kesejahteraan masyarakat secara keseluruhan.

“Raja melayu berpendirian bahawa imej Islam sebagai agama persekutuan, adalah agama yang emnggalakkan penganutnya bertoleransi sederhana dna inklusif dan wajib dipertahankan daripada dicemari oleh tindakan yang bersifat keterlaluan dan memisahkan rakyat,” tulis kenyataan itu lagi.

Baginda turut mengingatkan rakyat negeri Selangor untuk mengikuti prinsip utama yang terkandung dalam perlembagaan persekutuan demi kestabilan dan keamanan negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.