Sultan Selangor Arah MAIS Tarik Balik Tauliah Zamihan

SHAH ALAM  ― Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) diarah menarik balik tauliah mengajar kepada presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Aswaja).

Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan demikian, selain mengarahkan keahlian Zamihan Mat Zin dalam Jawatankuasa Tauliah Negeri Selangor dibatal, lapor Utusan Online.

Pembatalan tersebut berdasarkan Peraturan 4, Peraturan-peraturan Tauliah Negeri Selangor 2008.

Pada kenyataan Istana Selangor, keputusan itu dibuat Sultan Selangor itu selepas berbincang dengan Dewan Diraja Selangor hari ini.

Mengikut kenyataan itu, tindakan tersebut berikutan ceramah kontroversi Zamihan di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, awal bulan ini.

Presiden Aswaja itu dilapor menyebut perkataan bersifat rasis, kurang beradab dan kritikan melampau ke atas institusi diraja.

Kelmarin, Sultan Johor Ibrahim Sultan Iskandar menitahkan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) tidak lagi berurusan dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkaitan isu dobi ‘muslim’. – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.