Pendikir Terkenal Terlantar Sakit

KOTA BHARU – Pemenang tempat keempat rancangan realiti, Kilauan Emas Musim ke-4, Nordin Yusoff, 56, yang popular dengan lagu Ambo Ghaso Berkene berada dalam keadaan uzur akibat menghidap penyakit bengkak hati sejak Ogos tahun lalu.

Nordin atau lebih dikenali sebagai Megat Nordin yang turut popular sebagai penyanyi dikir di negeri ini hanya mampu terlantar dan diuruskan isterinya, Khoirunnisa Madiyoh, 48, bersama tiga anaknya berusia tujuh, 16 dan 18 tahun, lapor Kosmo.

Menurut Khoirunnisa, suaminya disahkan menghidap penyakit tersebut ketika dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini baru-baru ini.

Katanya, selepas membuat ujian imbasan X, doktor mengesahkan hatinya telah mengecut selain turut merebak ke paru-paru manakala perutnya sudah dipenuhi air.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.