Netizen Minta Ezlynn Lapor Polis

Selepas tersebar kisah mengenai rumah penyanyi Ezlynn yang didakwa diceroboh oleh suaminya, rata-rata peminay penyanyi itu meminta Ezlynn supaya membuat laporan polis.

Ini bagi membolehkan tindakan diambil sekiranya ia berlaku seperti yang didakwa oleh penyanyi berkenaan.

“i feel u..perasaan bila “dirompak” suami sendiri. Konon lelaki yang kita kahwin tu tempat kita berlindung tapi sebaliknya yang kita dapat..,” tulis Shaira.

“Better buat report polis,”tulis noraina.

Terdahulu, menerusi akaun Instagram Ezlynn semalam, penyanyi itu meluahkan kemarahan terhadap suaminya.

“Kau buat hutang, aku tanggung semua. Aku diam, kau naik kepala. Kau memang jahat!! Suami tak guna, kawan tak guna, manager tak guna. Menyesal aku kenal kau seumur hidup aku.”Barang hilang lagi, kena rompak. Aku kerja hari-hari, penat cari duit, kau ambil semua duit aku!! Now barang-barang semua kau ambil, kau rosakkan rumah,” demikian tulisnya dalam Instagramnya,

30 Mei yang lalu, media melaporkan penyanyi, Ezlynn, atau nama sebenar, Azline Ariffin, 36, telah memfailkan cerai terhadap suaminya, Adam Fahmy Shamsudin di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Ezlynn dan Adam Fahmy yang mendirikan rumah tangga 20 November 2011 dan belum dikurniakan cahaya mata.- SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.