Nelayan Tangkap Tuna Gergasi

PLYMOUTH, Britain – Sekumpulan nelayan di sini berjaya menangkap seekor ikan tuna gergasi sepanjang dua meter dan seberat 136 kilogram baru-baru ini.

Menurut Agensi, salah seorang nelayan terbabit, Kevin Mckie percaya ikan berkenaan adalah jenis tuna sirip biru pertama yang pernah ditangkap di perairan bandar itu dengan menggunakan joran.

Ikan itu ditangkap pada Julai lalu. Mckie menyifatkan tangkapan berkenaan sebagai ‘impian menjadi kenyataan’ apabila mereka terpaksa bergelut untuk menaikkan ikan gergasi itu ke atas bot.

Sejurus berjaya menaikkan ikan itu di atas bot, mereka segera memasukkan hos ke mulutnya bagi memastikan ia memperoleh bekalan oksigen. Mereka juga menyimbah beberapa baldi air untuk bantu ikan itu hidup, lapor Kosmo.

“Kami menanggalkan cangkuk pada rahang ikan itu, merakam gambar dan mengukur saiznya sebelum melepaskan ia kembali ke laut,” kata Mckie.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.