Kecoh Selepas Perlawanan Perak-JDT Berakhir Seri

IPOH – Kekecohan berlaku selepas tamat perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia antara Perak dan Johor Darul Ta’zim (JDT) meskipun kedua-dua pasukan terikat 1-1 di Stadium Perak di sini malam tadi.

Difahamkan, kekecohan dipercayai bermula sebelum tamat perlawanan yang menyaksikan kedua-dua penyokong mula membaling botol ke padang, lapor BH.

Ada antara individu yang tidak dikenal pasti mengeruhkan lagi keadaan apabila membaling mercun ke arah sekumpulan penonton.

Seorang lelaki dipercayai penyokong cedera di kepala dan perut akibat terkena mercun berkenaan dan diberikan rawatan awal Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM) sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Pasukan polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dilihat menahan beberapa individu bagi mengawal keadaan.

Sementara itu, enam bas yang membawa penyokong JDT diarahkan beredar dari kawasan stadium untuk mengelakkan kejadian tidak diingini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.