Hina Orang Bugis: Desakan Supaya Mahathir Ditahan Kerana Rasis

Ketika berucap pada himpunan Anti Kleptokrasi di Padang Timur, Petaling Jaya pada Sabtu malam, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah bersikap melampau dan rasis kerana menghina bangsa Bugis.

Cara beliau bercakap yang menghentam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan mimik muka yang menjengkelkan, telah disifatkan ramai sebagai sangat biadap.

Dalam ucapan itu Mahathir berkata:

“Mungkin kerana dia (Najib Razak) berasal dari lanun Bugis. Entah macamana dia sesat sampai ke Malaysia. Pergi baliklah ke Bugis”.

Ini menyebabkan timbul desakan ramai supaya tindakan diambil ke atasnya. Antara yang meluahkan kemarahan itu adalah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Muhtar Suhaili yang mahu Mahathir ditahan mengikut Akta Hasutan 1948 berhubung ucapannya itu.

Mengulas mengenainya, Muhtar berkata, ia bukan ajaran Islam malah Melayu, Cina, India, Mamak, Bugis, Jawa, Banjar, Iban, Kadazan dan semua bangsa sama di sisi Allah melainkan taqwa!

“Lebih daripada itu, ini juga bukan ucapan seorang negarawan yang ingin mewujudkan keamanan dan keharmonian dalam negara. Bahkan beberapa Sultan di Malaysia juga beketurunan Bugis.

“Saya menyeru pihak berkuasa untuk menahan Tun M di bawah Akta Hasutan! Say No To Kleptocracy! Say No To Racism!,” kata Muhtar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.