Harta Pembunuh Diderma

LAS VEGAS, Amerika Syarikat – Adik kepada penembak Las Vegas mahu me­ngagihkan semua harta abangnya kepada waris atau keluarga mangsa yang terbabit dalam kejadian tersebut.

Eric Paddock, 57, yang merupakan adik kepada Stephen Paddock, 64, telah melantik sebuah firma guaman bagi mengurus harta berkenaan sebelum mengagihkan kepada keluarga mangsa.

“Harta-harta itu sedang dikumpulkan sebelum diserahkan kepada mangsa,” menurut firma guaman, Kumpulan Peguam Clear Counsel semasa menfailkan petisyen di mahkamah.

Bagaimanapun, petisyen itu tertangguh berikutan tindakan Eric memecat firma berkenaan selepas mendakwa gagal melaksanakan arahan seperti yang sepatutnya.

“Saya sangat sedih dan kecewa de­ngan firma guaman itu kerana tidak menghormati arahan saya sedang­kan saya membayar mereka,” kata Eric yang telah melantik firma guaman baharu, lapor Kosmo.

Tidak jelas apa punca pertikaian itu, manakala peguam Clear Counsel, Jonathan Barlow menolak untuk memberikan komen.

Pada 1 Oktober lalu, sebanyak 58 orang terbunuh, manakala 489 yang lain cedera di sebuah festival muzik negara selepas Stephen melepaskan tembakan rambang dari tingkap suite penginapannya di tingkat 32 Hotel Mandalay Bay di Las Vegas Strip.

Polis menemui 23 senjata api di bilik hotel berkenaan, manakala 19 lagi di rumahnya selain beribu-ribu biji peluru.

Stephen yang merupakan bekas seorang akauntan dikatakan seorang jutawan selepas terbabit dalam sektor hartanah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.