Gadis Buat ‘Live’ Cabut Bulu Ketiak Dikecam

PETALING JAYA  — Seorang peniaga sambilan membuat siaran langsung di Facebook mengenai teknik mencabut bulu ketiak untuk melariskan jualan walau menerima kecaman ramai.

Siti Syazana Ahmad, 24 , “bukan suka-suka” berbuat demikian tetapi sebagai panduan kepada pelanggan untuk menunjukkan “cara yang betul” supaya “produk berkesan” akhir Ogos lalu, lapor mStar Online.

“Kalau cabut bulu di bahagian kaki, tangan, alat sulit, ketiak termasuk di bahagian muka, masing-masing ada cara dan tempoh penggunaannya berlainan,” katanya.

Beliau menganggap demonstrasi itu mendidik pengguna, bukan hanya melariskan produk walau mengakui jualannya meningkat dari kurang lima kepada lebih 150 kotak sebulan.

Namun, perbuatannya mendapat kecaman pengguna media sosial kerana ketiak dianggap bahagian “sulit”.

“Bukan semua permintaan pengikut di Facebook saya layan. Ada juga permintaan untuk buat tutorial di bahagian alat sulit tapi saya tak buat. Saya hanya beritahu cara dan tempoh penggunaannya sama di bahagian lain,” katanya.

Akauntan yang mula berniaga setahun lalu juga mempertimbang untuk menggunakan model lelaki untuk demontrasi akan datang termasuk mencabut bulu dada.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.