Chelsea Hilang Watak Sebenar

LONDON – Juara bertahan Liga Perdana England (EPL), Chelsea sekadar mempamerkan aksi hambar ketika tewas 1-2 kepada pasu­kan tercorot liga, Crystal Palace di Sel­hurst Park kelmarin.

Dua gol masing-masing jaringan Wilfried Zaha serta gol sendiri Cesar Azpilicueta menghadiahkan kemena­ngan pertama skuad kendalian Roy Hodgson itu pada musim ini, lapor Kosmo.

Pengurus Chelsea, Antonio Conte nyata kecewa dengan keputusan ter­sebut selain menyifatkan barisan pe­mainnya seolah-olah hilang perwa­ta­kan sebenar selepas kehilangan khid­mat N’Golo Kante dan Alvaro Morata yang dilanda kecederaan.

“Saya fikir aksi pada hari ini (kelmarin) sangat sukar. Setiap pasukan yang menentang Palace perlu memiliki karakter sebenar kerana mereka mampu untuk mengambil kesempatan terhadap kelemahan anda.

“Kami berjaya menyamakan ke­du­dukan tetapi kembali ketinggalan dan ia merupakan satu perlawanan yang kurang baik. Kehilangan Kante amat dirasai kerana dia merupakan seorang pemain yang mampu menutup segenap ruang,” ujar Conte.

Tambah parah, The Blues juga mungkin terpaksa melupakan khid­mat Victor Moses buat seketika apa­bila pemain sayap itu turut meng­alami kecederaan hamstring pada per­lawanan kelmarin.

“Memulakan perlawanan tanpa Kan­te dan Morata merupakan sesuatu yang sukar. Kemudian, Moses pula dilanda kecederaan tetapi kami sentiasa fokus. Saya harap mereka akan pulih dalam masa terdekat,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.