8 Fakta ‘Aneh’ Tentang Pemimpin Muda Korea Utara, Kim Jong Un

Nama Kim Jong Un, pemimpin kontroversi dari Korea Utara, tidak pernah berhenti menggegarkan dunia. Keputusannya untuk mencipta peluru berpandu jarak jauh, mengembangkan bom hidrogen, tidak pernah reda dalam kritikan dan sekatan dunia.

Tekanan kuasa besar seperti Amerika Syarikat tidak cukup kuat untuk menghentikan penolakan Kim Hong Un  yang meresahkan  banyak negara.

Di sebalik tindakan dan keputusan Kim Jong Un, terdapat  lapan fakta “aneh” mengenai pemimpin muda Korea Utara ini.

1. Umur sebenarnya adalah sebuah misteri

Dia dianggap sebagai salah satu penguasa termuda di dunia. Namun, tidak ada yang boleh memastikan hari kelahiran  Kim Jong Un yang sebenarnya.

Ada yang menyebut, dia dilahirkan tahun 1983, ada juga yang mengatakan tahun 1984.

Namun, kementerian kewangan AS, pada tahun 2016, menyatakan tarikh kelahirannya pada 8 Januari 1984.

2. Bersekolah di Swis dengan menggunakan nama palsu

Kim Jong-un daftar di sebuah sekolah swasta terkemuka di ibu kota Swis, Berne, namun tidak boleh mengikuti pelajaran. Pencapaian prestasinya boleh dikatakan kurang baik.

memakai   “Chicago Bulls” dan kasut “Nike”, dia dipanggil rakan sekelasnya sebagai Pak Un dari Korea Utara.

Wang yang dikeluarkan untuk membiayai pendidikannya agak mahal. Namun Kim Jong Un ternyata lebih cenderung minatnya terhadap musik dan bola keranjang.

Dia lebih menggemari bola keranjang berbanding pelajaran di bangku sekolah.

Akibat tidak ada kemajuan dalam keputusan matematik dan sains, ayahnya  memindahkan dia ke sebuah sekolah negeri Swis, dimana dia ditempatkan di kelas yang lebih rendah.

3. Ketagih keju Swis

Di Swis, Kim mula menyukai keju. Kesukaan terhadap keju Emmental itulah antara penyebab tubuhnya “membengkak” dan menjadi gemok.

Emmental adalah keju dari Swis yang dibuat dengan susu lembu mentah dan memiliki banyak lubang atau “mata” yang berukuran besar.

Tubuhnya yang gemok, membuatkan Kim menjadi gendut dan lambat bergerak.

Sejumlah besar keju diimport setiap tahun ke Korea Utara untuk memenuhi “ketagihan” Kim tersebut.

4. Komander tentera tanpa latihan

Ketika ayahnya meninggal pada tahun 2011, dia mengambil alih komando Angkatan Darat Korea Utara.

Praktikal, tanpa ada pengalaman dalam dunia ketenteraan, dia pun menjadi komander tentera “awam” tanpa latihan.

5. Melakukan Pembedahan meniru datuknya

Bagi sesetengah orang, pembedahan plastik adalah cara untuk memperbaiki penampilan mereka, tetapi matlamat Kim Jong Un berbeza.

Dia dikatakan melakukan pembedahan plastik, agar wajahnya kelihatan mirip datuknya, Kim Il-Sung.

Dikatakan bahawa dia mahu muncul sebagai tokoh kebapaan bagi warga Korea Utara.

6. Orang Korea mesti meniru gaya rambutnya, tetapi dia takut kepada tukang gunting 

Di Korea Utara, ada peraturan ketat mengenai potongan rambut. Potongan rambut Kim Jong Un yang “istimewa” tersebut, disebut “ambisius”.

Sebuah keputusan dikeluarkan di negara itu, di mana laki-laki diperintahkan untuk meniru gaya rambut yang sama.

Wanita diminta mengenakan rambut dengan model “bob”, seperti istrinya, Ri Sol-ju.

Kim juga dikatakan takut terhadap tukang gunting , jadi dia memotong rambutnya sendiri.

7. Penggemar bola keranjang

Minatnya  terhadap bola keranjang bermula pada zamannya di Switzerland. Dia adalah peminat fanatik Chicago Bulls. Michael Jordan adalah pemain kegemarannya.

Dia adalah kawan rapat bekas bintang NBA Dennis Rodman, yang telah membuat beberapa lawatan ke Korea Utara.

8. Kim Jong Un hukum mati banyak anggota keluarganya

Pada bulan Disember 2013, Kim Jong Un dilaporkan mengarahkan pelaksanaan hukuman mati pakciknya, Jang Song-thaek, yang dituduh merancang menentang negara itu.

Beberapa laporan menyebutkan, mayat pakciknya  dijadikan santapan untuk anjing-anjing liar.

Ada pula yang menuyebutkan, Jang Song dibunuh di hadapan skuad menembak.

Apabila ibu saudaranya membantah pelaksanaan, dia menjadi pula mangsa. Laporan mengatakan bahawa wanita itu mati keracunan.

Dia juga dituduh membunuh saudaranya Kim Jong Nam? Di Malaysia. Kes tersebut kini masih dalam siasatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.