40 Tahun Derita Penyakit Misteri

BAYANGKAN selama 40 tahun lelaki ini tidak boleh berjalan langsung. Semuanya disebabkan dia menghidap penyakit misteri yang mengakibatkan ketumbuhan besar di kakinya.

Haroon Patwari, 53, yang berasal dari Bangladesh, terpaksa meminggirkan diri apatah lagi selepas dirinya menjadi perhatian ramai.

Kanak-kanak juga takut pada Haroon dan keadaan ini mengakibatkan Haroon sangat kecewa.

“Kanak-kanak takut dengan saya menyebabkan saya tidak boleh keluar rumah. Nasib baik ibu bapa mereka baik. Merekalah yang memberikan wang dan makanan kepada kami sekeluarga,’’ katanya.

Disebabkan Haroon tidak boleh berjalan, dia terpaksa bergantung kepada isterinya Jaytun Nisa, 49, dan dua anaknya.

“Saya terpaksa mengheret kaki. Kaki saya ini sangat berat dan jika saya duduk, saya perlukan bantuan orang ramai untuk berdiri,’’ kata Haroon.

Dia menghidap ketumbuhan itu sejak kecil dan disebabkan ibu bapanya miskin, Haroon tidak mendapat rawatan.

“Saya diberikan ubat herba. Ia bukan bertambah baik sebaliknya ketumbuhan itu makin membesar dan merebak,’’ katanya.

Dalam pada itu isterinya, Jaytun berkata dia telah melihat suaminya itu hidup sengsara selama 33 tahun.

Menyedihkan apabila suaminya itu mengalami sakit yang amat sangat.

“Dia tidak boleh buat apa apa sendiri sebaliknya memerlukan bantuan saya untuk berdiri. Kakinya sangat berat,’’ katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.