Penambahan 3 Juta Pelancong China Melalui Melaka

MELAKA – Kerajaan negeri Melaka menyasarkan penambahan tiga juta pelancong dari China menerusi penerbangan terus Guangzhou ke Melaka yang bermula 29 Sept lalu.

 

Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron berkata, penerbangan itu merupakan antara pemangkin penting dalam usaha Melaka menarik lebih ramai pelancong melalui laluan udara dan sasaran 16.5 juta pelancong tahun ini.

 

“Sektor pelancongan menunjukkan perkembangan positif setiap tahun yang merekodkan kehadiran 15.7 juta pelancong tahun 2015 iaitu meningkat sebanyak 4.7 peratus dengan 15 juta pelancong berbanding tahun sebelumnya.

 

“Justeru, promosi pelancongan akan diteruskan sama ada di dalam mahupun luar negara bagi merealisasikan hasrat untuk mencapai bilangan 16.5 juta pelancong,” katanya, lapor Bernama.

 

Beliau berkata demikian dalam ucapan taat setianya pada Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka bersempena Sambutan Hari Lahir Ke-78 Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.