NUJ Kutuk Serangan Wartawan

PETALING JAYA – Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) mengutuk serangan terhadap wartawan oleh penyokong kumpulan anti-Bersih 5.0 dan menggesa pihak polis supaya menangkap ketua kumpulan berkenaan dengan segera.

 

NUJ menerusi kenyataan pada Ahad berkata kumpulan anti-Bersih tidak memahami tugas wartawan.

 

“Adalah jelas bahawa kumpulan ini terlalu beremosi dalam tindakan mereka, sehingga tidak dapat berfikir seperti orang yang rasional,” katanya, petik sebuah portal.

 

NUJ berkata adalah sesuatu yang memalukan apabila “tingkah laku yang tidak bertamadun” seperti ini masih wujud dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia.

 

“NUJ berharap pihak polis menangkap kumpulan ini dan membawa mereka ke mahkamah,” katanya sambil menambah bahawa pemimpin kumpulan itu juga perlu ditahan dengan segera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!