Jamal Mohon Maaf Jika Baju Merah Kasari Wartawan

PETALING JAYA – Ketua gerakan Baju Merah, Datuk Jamal Md Yunos memohon maaf jika ada wartawan yang dikasari ahli kumpulannya yang menentang siri konvoi Bersih 5.0 di Kuala Selangor.

 

 

“Kalau ada insiden itu, saya bagi pihak Baju Merah, memohon maaf kepada rakan-rakan pemberita. Saya memohon maaf jika ada sebarang kerugian atau kecederaan dan sebagainya, pihak kami akan bertanggungjawab.

 

 

“Saya yakin perkara ini berlaku secara kebetulan dan tidak disengajakan,” katanya, petik sebuah portal.

 

 

Jamal yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar memberitahu beliau kini berada di Dubai untuk transit sebelum meneruskan penerbangan pulang ke tanah air.

 

 

Terdahulu, wartawan The Star adalah antara yang dikasari kumpulan Anti-Bersih telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kuala Selangor.

 

 

 

Dalam pada itu, Jamal akan mendapatkan pengesahan berhubung insiden yang berlaku berkata, kumpulan Baju Merah bukan mahu menimbulkan keganasan.

 

 

“Niat kami bukan untuk keganasan, walau apapun yang berlaku… tidak ada Kuning, tidak ada Merah. Selagi kuning ada, selagi Bersih ada, kami tetap akan ada,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.