ETS Bakal Dilengkapi Wifi

IPOH- Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) akan dilengkapi dengan kemudahan internet tanpa wayar atau Wifi bagi memudahkan pengguna menyiapkan kerja semasa dalam perjalanan ke sesuatu destinasi kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai

 

 

Beliau berkata, pihaknya menyokong penuh cadangan orang ramai supaya ETS dilengkapi kemudahan Wifi sebagai usaha ke arah melaksanakan transformasi dalam sistem pengangkutan negara.

 

 

“Setakat ini ramai yang puas hati dengan perkhidmatan ETS, ada setengah stesen moden dan mana yang uzur kita kena perbaiki. Selain memasang Wifi kita juga kena pastikan ia sentiasa bersih,” katanya, petik Bernama.

 

 

Secara purata, seramai 6,000 orang menggunakan perkhidmatan ETS setiap hari pada hari biasa, manakala pada hujung minggu serta cuti umum jumlah itu meningkat sekali ganda kepada 12,000 orang.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.