Donald Trump : Jawatan Presiden Makin Malap

WASHINGTON – Beberapa lagi wanita tampil mendakwa pernah menjadi mangsa sera­ngan seksual yang dilakukan oleh calon Presiden Amerika Syarikat (AS) daripada Parti Republikan, Donald Trump.

 

 

Antara yang pernah menjadi mangsa cabul Trump termasuk pemenang Ratu Cantik Utah, model, wartawan, ahli perniagaan dan juga seorang penyambut tamu.

 

 

Dakwaan-dakwaan tersebut sekali gus menyebabkan usaha jutawan hartanah itu untuk memenangi jawatan Presiden semakin malap.

 

 

Dalam rakaman video pada 2005 yang kemudian dimuat naik pada 7 Oktober lalu me­nunjukkan bagaimana beliau bercakap besar dan berbangga dengan menyatakan dirinya boleh sesuka hati meraba serta mencium wanita tanpa sedikit rasa bersalah.

 

 

Bagaimanapun, Trump menafikan kesemua tuduhan itu yang dilihat bermotifkan politik dan rata-rata wanita yang menjadi mangsa sebenarnya berbohong.

 

 

Antara mereka yang mendakwa mangsa serangan seksual Trump adalah:

 

 

1. Jill Harth Houraney – Bekas ratu cantik dan rakan pernia­gaan Trump. Pernah memfailkan saman AS$125 juta (RM525 juta) terhadap Trump kerana cuba memaksanya melakukan hubungan seks pada Januari 1993 di estet mewah di Mar-a-Lago.

 

2. Jessica Leeds, 74 – Merupakan seorang ahli perniagaan mendakwa Trump pernah memasukkan tangan dalam skirt dan meramas payu daranya ketika dalam pesawat pada 1980.

 

3. Temple Taggart McDowell – Bekas Ratu Cantik Utah mendakwa Trump pernah menciumnya secara paksa ketika baru diperkenalkan pada 1997.

 

4. Rachel Crooks – Seorang penyambut tetamu yang bekerja di estet Trump. Pernah dicabuli oleh Trump ketika usianya 22 tahun di Manhattan, New York pada 2005.

 

5. Natasha Stoynoff – Seorang wartawan yang pernah dijemput ke kediaman Trump di Florida untuk temu bual eksklusif. Trump didakwa mengasari wartawan itu dengan menolaknya ke dinding sebelum mencium mulut wanita itu.

 

6. Mindy McGillivray – Bekerja sebagai jurugambar dan pada 2003 pernah dicabul oleh Trump apabila punggungnya diramas secara tiba-tiba ketika sedang sibuk me­ngambil gambar pada satu majlis anjuran Trump.

 

7. Summer Zervos – Seorang peserta dalam rancangan realiti Trump pada 2006. Pernah dipaksa berba­ring atas katil dan menciumnya secara agresif ketika mengadakan pertemuan untuk tujuan mendapatkan kerja.

 

8. Kristin Anderson – Mendak­wa pernah diraba oleh Trump dalam sebuah disko yang sesak di New York pada awal 90-an. Anderson mendakwa tidak pernah bertemu dengan Trump sebelum itu. – Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.