Air Pasang Besar : Lima Daerah Di Perak Terjejas

IPOH – Lima daerah di negeri ini terjejas akibat fenomena air pasang besar pagi ini namun paras air di semua kawasan terlibat semakin surut dan tiada penduduk yang dipindahkan.

 

 

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri berkata, daerah yang terlibat ialah Bagan Datoh, Kerian, Manjung, Hilir Perak dan Larut, Matang dan Selama.

 

 

Katanya, di Daerah Manjung sebanyak 15 buah rumah di Kampung Bagan Panchor, Pantai Remis dinaiki air sedalam 0.75 meter akibat ban penahan air yang bina pecah.

 

 

“Air di kawasan itu mulai surut pada pukul 7.30 pagi ini dan tiada penduduk dipindahkan,” katanya, petik Utusan.

 

 

Menurutnya, di Bagan Datoh air laut naik melepasi paras biasa sehingga memasuki kawasan halaman penempatan di lima buah kampung pada pukul 5 pagi ini namun surut sepenuhnya tiga jam kemudian.

 

 

Katanya, tiga kawasan di Hilir Perak iaitu Batu 7 1/2 Batak Rabit, Lorong Kalat Batak Rabit dan Kampung Esso dinaiki air pada pukul 4.30 pagi namun surut sepenuhnya pada pukul 8 pagi ini.

 

 

“Beberapa kawasan di Daerah Kerian dan Daerah Larut Matang dan Selama turut dinaiki air namun mulai surut dan tiada penduduk dipindahkan,” katanya.

 

 

Katanya, semua kawasan terlibat kini berada dalam keadaan selamat dan terkawal.

 

 

“Pemantauan paras air terus dilakukan di semua kawasan berisiko,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.