Air Pasang Besar: 28 Kawasan Di Kuala Perlis Berisiko Banjir Kilat

KUALA PERLIS – Sebanyak 28 kawasan berisiko dijangka dilimpahi air laut berikutan fenomena air pasang besar di sepanjang persisiran pantai Kuala Perlis mulai esok hingga Selasa ini.

 

 

Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Perlis Mej (PA) Mohd Farid Ishak berkata kawasan yang dikenal pasti ialah Kampung (Kg) Pulau Ketam, Kg Tengah, Kg Tandiap, Kg Seberang Alor, Kg Seberang Tok Pi dan Kg Puju.

 

 

Kawasan lain ialah Kg Tanah Baru, Kg Perak, Kg Belakang Kilang, Kg Sungai Siput, Taman Kuala Perlis, Kg Nelayan, Kg Tanah Baru, Taman Bukit Kubu, Taman Sentosa, Taman Peladang Jaya, Taman Utara Jaya Fasa 1 dan 2 serta Taman Berlian.

 

 

Selain itu, Kg Sungai Kurong Tengar, Kg Sungai Berembang, Kg Bohor Pahit, Kg Pulau, Kg Sg Baru, Kg Mengimang, Kg Sungai Belati, Kg Sungai Padang, Kg Padang Keria dan Kg Kuala Sanglang turut berisiko, katanya, lapor Bernama.

 

 

Menurut Mohd Farid banyak kawasan rendah di sepanjang pantai di negeri ini dijangka dilanda banjir kilat jika keadaan laut bergelora, angin kencang dan hujan berterusan berlaku serentak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.