Saintis Temui Vaksin HIV?

BALTIMORE – AMERIKA SYARIKAT. Saintis, Dr Robert Gallo mendakwa menemui vaksin untuk melawan virus HIV selepas 15 tahun kajian bersama pasukannya.

 

 

Dr Robert Gallo adalah salah seorang saintis yang berjaya  menemui virus HIV yang menyebabkan Aids pada tahun 1984 dan juga mempelopori ujian darah untuk mengesannya.

 

 

Dr Gallo bersama pasukannya di School of Medicine’s Institute of Human Virology, University of Maryland akan memulakan ujian ke atas manusia bulan ini dalam mengenalpasti potensi revolusi vaksin HIV.

 

 

Pasukan penyelidik yang membuat kajian selama 15 tahun untuk menghasilkan vaksin ini telah melakukan ujian kepada monyet.
 

 

” Keputusan ujian ke atas monyet yang dilakukan sebelum ini adalah memberangsangkan, tetapi ia tidak akan sempurna jika hanya melakukan ujian ke atas monyet, jadi kami perlukan ujian untuk manusia.

 

 
“Walaupun banyak vaksin lain menyasarkan jenis tertentu HIV, namun vaksin yang dibangunkan adalah dengan menyekat virus HIV sebelum menyerang sel -sel T kerana jika virus mula menyerang sel tersebut, ia akan menjadi sukar dikenalpasti pada sistem imun badan dan sukar untuk dirawat,’ katanya.

 

 
Dalam kenyataan dipetik Metro.uk,  Dr Gallo berkata, vaksin HIV/Aids yang dicipta untuk “mengikat” virus semasa jangkitan, di mana banyak sumber HIV yang ditemui di seluruh dunia boleh dineutralkan.

 

 
‘Kami percaya mekanisme ini adalah pra-syarat utama bagi vaksin HIV  yang berkesan.
 

 

“Jika rawatan ini berjaya pada fasa pertama, ia akan bergerak ke fasa kedua di mana penyelidik akan menilai keberkesanan melawan HIV namun ia akan mengambil masa beberapa tahun untuk dijual,” ujarnya.-Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.