Remaja Dirantai Tangan, Kaki Denda Malas Bekerja

ZHENJIANG – Penduduk di Yongkang wilayah Zhenjiang terkejut melihat gelagat seorang remaja lelaki dengan kaki serta tangan yang terikat dengan rantai besi berlegar-legar di jalan di kejiranan mereka.

 

Remaja yang berusia 17 tahun dilaporkan dipaksa berjalan dengan kaki serta tangannya terikat sambil ditemani ibunya.

 

Memetik Net Ease, saksi berkata, ibu remaja terbabit terpaksa melakukan perkara demikian untuk memberi pengajaran kepada anaknya itu kerana dia enggan berkerja dan sering lari dari rumah.

 

“Dia tidak mahu bekerja, dan sering lari dari rumah dan bersembunyi dari keluarga.

 

“Keluarga mencarinya sejak sekian lama, dan apabila menjumpainya, dia akan melarikan diri semula. Tiada pilihan lain boleh diambil kecuali merantainya,” katanya.

 

Gambar serta video perilaku kedua beranak ini mendapat perhatian netizen selepas dimuatnaik di laman sosial di China.

 

Walaubagaimanapun, kebanyakan netizen mempertikaikan samada hukuman tersebut akan memberi pengajaran kepada remaja itu.

 

“Perbuatan ini akan menjadikan dia akan lebih cenderung untuk melarikan diri lagi,” kata seorang netizen. – Sinar

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.