Fasha Letak Had Kongsi Hal Peribadi di Laman Sosial

Aktres Fasha Sandha, meletakkan had dari segi berkongsi mengenai sisi kehidupan peribadinya di laman sosial kerana selain ia tidak wajar didedahkan kepada umum dia juga mahu mengelak dari timbul perasaan riak.

 

 

“Saya bukanlah individu yang gemar memuat naik gambar setiap jam atau setiap hari. Tak semua benda kita boleh kongsi kepada masyarakat apa yang kita buat. Perlu ada limit kerana kita tidak boleh menduga apa yang ada dalam pemikiran sesorang”

 

 

“Baru-baru ini saya keluar bercuti di Port Dickson bersama suami dan anak-anak. Sepanjang percutian itu, saya tidak muat naik gambar atau memberitahunya di media sosial. Bagi saya percutian bersama keluarga perlu dinikmati dengan rasa tenang dan gembira bukannya untuk dipaparkan kepada umum,” katanya seperti yang dilaporkan portal Murai.

 

 

Sebagai pelakon senior, Fasha juga menasihati pelakon yang baru hadir di dalam indsutri hiburan agar menjaga diri dan berdisiplin demi menjamin masa depan yang cerag serti tidak mudah dikaitkan dengan isu-isu panas.-MD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.