Bantu Keluarga Kemalangan Dengan Gaun Pengantin

CLARKSVILLE – Seorang anggota paramedik di Amerika Syarikat (AS) bertindak nekad melupakan buat seketika majlis perkahwinannya apabila dia bergegas ke lokasi kemalangan melibatkan ahli keluarganya dengan berpakaian pengantin.

 

 

Dedikasi Sarah Ray dari Tennessee terhadap tugasnya itu mendapat pujian orang awam selepas sekeping gambarnya dimuat naik laman Facebook kerajaan tempatan Montgomery, baru-baru ini.

 

 

Mengulas lanjut kejadian itu, Ray menjelaskan, dia dimaklumkan oleh suaminya bahawa bapa, datuk, dan neneknya terlibat dalam satu kemalangan ketika dalam perjalanan ke majlis perkahwinannya.

 

 

Sejurus tiba di lokasi kemalangan, Ray mendapati neneknya sudah berada di dalam ambulans sementara menunggu untuk dibawa ke hospital, namun keadaannya tidak mengancam nyawanya.

 

 

“Perkara pertama yang diungkapkannya adalah dia memohon maaf kerana merosakkan majlis perkahwinan saya,’’ kata Ray sambil cuba menenangkan neneknya.

 

 

Ketika dia berpatah balik menuju ke kenderaan yang dinaikinya sambil mengangkat sedikit pakaian pengantinnya dalam hujan renyai-renyai, ibu Ray mengambil gambar anak perempuannya dengan berlatarbelakangkan ambulans dan jentera bomba.-Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.