Tidak Mahu Dikenali Sebagai Pendatang, Tapi Mahu Identiti Bahasa Pendatang

Oleh: Zainuddin Maidin

KENAAPA RISAU JIKA MEREKA MELAKUKAN SELF ISOLATION?

KOMEN: Ketika kami wartawan wartawan Malaysia termasuk rakan saya V.K Chin dari The Star (mendiang) menjadi tetamu kerajaan Taiwan lama dahulu ,di meja sebelah kami di sebuah restoran, beberapa orang Cina bercakap dalam bahasa Inggeris. Saya tahu mereka dari mana.

Pengiring kami Cina Taiwan nampak tidak senang kerana sesama Cina berbahasa Inggeris dan berkata kepada kami “Mereka ingat siapa mereka?.” Dalam hati saya berkata” Sekurang kurangnya mereka ada identiti sebagai Cina Singapore”- ZAM
TIDAK MAHU DIKENALI……..

SELEPAS lebih 57 tahun merdeka,Perdana Menteri Datuk Seri Najib menyeru orang Cina supaya belajar bahasa Malaysia sambil bertanya “boleh? “di Persidangan Perwakilan MCA baru baru ini dan dijawab oleh perwakilan “boleh”.

Jika sesudah lebih 57 tahun masih berbahasa Malaysia pasar dan tidak faham Bahasa Malaysia maka tidak mustahil 50 tahun lagi pun mereka tidak juga boleh kecuali jika ada suatu kesedaran baru yang ikhlas dan bersungguh- sungguh dan jika mereka dapat menghayati apa di hasratkan oleh Presiden baru MCA Liow Tiong Lai.

Saya percaya Najib membuat seruan tersebut atas kesedaran masih ramai orang Cina termasuk generasi baru tidak dapat bercakap , membaca dan memahami bahasa Malaysia dengan sewajarnya. Walaupun mereka belajar Bahasa Malaysia di sekolah Jenis Kebangsaan Cina tetapi di ajar oleh guru Cina sendiri yang menjadikan pertuturan mereka ikut loghat Cina dan mereka belajar bahasa Malaysia sekadarkan untuk lulus pepereksaan.

Setelah lebih lima puluh tahun merdeka, kebanyakan orang Cina Malaysia tidak mempunyai identiti bahasa Bangsa Malaysia seperti Cina Indonesia dengan Bahasa Indonesia, Cina Thai dengan Bahasa Thai, Cina Singapore dengan Bahasa Inggeris dan China Amerika dengan Bahasa Inggeris yang langsung kita kenal sebagai American Chinese atau Indonesian Chinese.

Maka itu kenaapa mereka merasa marah jika di salah mengertikan sebagai bangsa pendatang kerana mereka sendiri tidak mahu dikenali dengan bahasa rakyat negara ini dan masih mahu lebih dikenali dengan bahasa pendatang? Ini adalah pengasingan diri dari arus perdana yang dilakukan sendiri (Self Isolation)

Orang Melayu sebenarnya amat mudah menerima bukan Melayu terutama orang Cina yang berbahasa Melayu tempatan dengan faseh sebagai rakan sebangsa seperti yang belaku di Kelantan ,Kedah dan Perlis terutama di kampong kampong.

Maka itu Najib sendiri terus merasa bangga dan lantas menjadikan Presiden baru MCA, Liow Tiong Lai sebagai contoh yang baik kepada masyarakat Cina kerana walaupun belajar di sekolah Cina tetapi menyampaikan ucapannya di mesyuarat perwakilan MCA itu dalam bahasa Malaysia yang baik sepenuhnya.(mungkin dia dibesarkan dalam persekitaan Melayu?)

Najib tidak mempunyai kepercayaan bahawa sejumlah besar orang Cina memahami Bahasa Persuratan Melayu maka itu di majlis majlis “atasan” yang dihadhiri oleh orang Cina tempatan walaupun tanpa orang asing,Najib condong menggunakan bahasa Inggeris sedangkan di Parlimen yang ramai dengan berbagai profesional bukan Melayu dan elitis negara, beliau bercakap dalam Bahasa Malaysia.

Suatu kajian perbandingan secara jujur haruslah dibuat apakah benar ramai graduan Melayu atau pelajar Melayu sukar mendapat kerja kerana tidak tahu bahasa Inggeris atau sebenarnya anak anak Cina dari aliran jenis kebangsaan Cina yang sukar mendapat kerja kerana mereka bukan sahaja tidak dapat berbahasa Inggeris dengan baik tetapi juga tidak dapat berbahasa Melayu dengan sewajarnya.

Maka itu syarikat syarikat Cina terpaksa menampong dan memberikan keutamaan kepada mereka ini kerana anak anak Melayu lebih mudah untuk mendapat perkerjaan dengan syarikat syarikat antarabangsa atau syarikat tempatan disamping kerajaan.

Haruslah diingatkan kebanyakan profesional Melayu hari ini di bidang perubatan; doktor dan doktor pakar , jurutera yang berkhidmat di dalam dan di luar negara,tenaga pengajar di bidang sains dan teknologi di universiti universti tempatan adalah berasal dari aliran Melayu (SPM) dan kemajuan universiti universiti ini adalah kerana didukong oleh anak- anak Melayu yang berasal dari aliran Melayu dan melanjutkan pelajaran di luar negara.

Ramai anak anak Cina kelulusan perubatan dari dari UKM yang berasal dari aliran Melayu berkerja di Singapura.

Jika dipanjang umur, lebih 50 tahun dari sekarang, Najib akan bertanya lagi kepada orang Cina: boleh tak belajar Bahasa Malaysia dan mereka akan jawab boleh tetapi mereka akan tetap berada dalam keadaan tidak boleh.

Lebih 50 tahun dahulu,bila Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman meminta peniaga Cina menggunakan papan iklan perniagaan dalam bahasa Malaysia,mereka membantah kerana dakwa mereka akan menyebabkan perniagaan mereka merosot.Sampai sekarang pun bila ada majlis mesyuarat orang Cina termasuk MCA sendiri mereka akan meletakan Bahasa Malaysia di bawah atau tidak menggunakannya langsung.Mereka mahu dikenali dengan bahasa pendatang kerana bahasa pendatang lebih bertamadon.

Kenapa kita terlalu risau jika orang Cina mahu melakukan pengasingan diri,tidak mahu berada di aliran perdana dan lebih mahu dikenali dengan bahasa pendatang dan bukan bahasa yang diiktiraf sebagai Bahasa Rasmi dan Bahasa Kebangsaan negara ini?

Siapakah yang membina dan mahu mengekalkan identiti bangsa pendatang?

Biarkanlah si luncai terjun dengan labu labunya.

 

Sumber: http://zamkata.blogspot.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.