Stesen TV Putuskan Tidak Tawar Artis Bermasalah Berlakon, Akan Jejaskan Rating

Kuala Lumpur –  Pelakon tempatan yang terpalit dengan pelbagai kontroversi bakal menerima padah apabila Rangkaian Televisyen Media Prima  memutuskan tidak menawarkan mereka berlakon bawah produk stesen televisyen itu.

Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar berkata, ia disebabkan kontroversi yang menjejaskan nama seseorang artis itu boleh mempengaruhi rating penonton.

“Saya tahu ada ramai artis mengadu tentang perkara ini. Tetapi perlu diingat pihak stesen televisyen ‘hidup’ berdasarkan iklan.

“Sekiranya seseorang artis itu bermasalah dan peminat pun tidak suka, ia boleh menjejaskan rating penonton. Apabila perkara itu berlaku, pihak kami pula sukar mendapat iklan,” katanya kepada mStar Online.

Ahmad Izham ditemui pada majlis pra tonton program-program rangkaian televisyen itu bagi siaran 2015 di Balai Berita NSTP, Bangsar di sini pada Rabu.

Bagaimanapun tambah beliau, walaupun tanpa kontroversi, para pelakon juga perlu menambah baik bakat lakonan masing-masing untuk bersaing dengan pelakon-pelakon baharu dan yang sedia ada.

Sementara itu, lebih daripada 100 program baharu tempatan dan antarabangsa  akan disiarkan di empat saluran rangkaian televisyen berkenaan iaitu TV3, ntv7, TV9 dan 8TV.

“Selepas melakukan penyelidikan dan percubaan, kami telah mencipta kandungan yang sesuai untuk memenuhi keperluan penonton.

“Alhamdulillah, banyak program baru memberi kelainan tersendiri dalam menarik lebih ramai penonton menyakiskan empat saluran kami,” ujarnya.

TV3 akan memperkenalkan drama-drama baharu antaranya Lari Mira, Keluarga Pontimau dan Travelling Beruang.

Manakala ntv7 pula bakal menyiarkan program seperti Ejector Seat, I Am Not The Queendan Bet On Your Baby.

Selain itu saluran 8TV bakal menyajikan drama-drama aksi berbahasa Cina sepertiFemale Assassins In Palace, Flying Swords Of Dragon Gate dan Romance Of The Condor Heroea.

Bagi saluran TV9 pula  drama Dunia Generasi Baru, Awek Chuck Taylor, Launch Pad danJangan G

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.