Kes Bom Bukit Bintang : Lebih Dari 4 Individu Ditahan

Kuala Lumpur – Polis semalam menahan beberapa individu yang dipercayai terbabit dalam kejadian letupan bom di Bukit Bintang, baru-baru ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata tangkapan dilakukan lebih dari empat individu namun enggan mengulas lanjut berhubung perkembangan terbaru itu.

“Ya, semalam polis ada menahan beberapa individu. Lebih daripada empat orang.

“Biarlah polis siasat dulu, nanti bila ada perkembangan terbaru, kita akan berkongsi dengan semua,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian polis bantuan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini, sebentar tadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.