Kepala Penuh Kutu

United Kingdom – Kutu bukanlah binatang berbahaya kepada manusia, ia merupakan serangga parasit yang tinggal menumpang di atas kehidupan lain seperti kepala manusia.

Sebuah video yang disiarkan di YouTube menunjukkan seseorang, mungkin ibu bapa menyikat rambut seorang kanak-kanak.

Individu itu kemudian mengangkat dan menunjukkan sikat ke lensa kamera dan telur kutu serta berpuluh-puluh ekor kutu dilihat merangkak-rangkak di atas sikat.

Kutu, serangga kecil juga dikenali sebagai pediculosis capitis, menghisap darah dengan cara menggigit kulit kepala manusia.

Dr Alejandra Perotti, pensyarah di Sekolah Sains Biologi, Universiti Reading mengesahkan makhluk itu adalah kutu.

Beliau menambah, jumlah yang banyak dengan hanya beberapa kali sikat menunjukkan ini sebagai kes yang teruk.

“Serangan kutu sangat biasa di UK dan di Eropah, tetapi tidak sampai ke tahap ini.

“Saya bekerja dalam bidang sains forensik dan kes ini ditemui dalam kes-kes pengabaian kanak-kanak atau orang tua.

“Anda juga melihatnya dalam kes-kes orang yang tiada tempat tinggal,” katanya kepada Mail Online.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.