Gadis ‘Terdesak’ Muat Naik Gambar ‘Curi’ Kekasih Kantoi

Kuala Lumpur – Mungkin kerana dahagakan kasih sayang atau cemburu kepada teman-teman lain yang sudah mempunyai buah hati, seorang gadis baru-baru ini dengan yakin memuat naik gambar seorang lelaki dilaman sosial, Instagram miliknya yang mungkin ‘dicuri’ dengan kapsyen kononnya lelaki tersebut adalah teman lelaki beliau.

Menerusi kapsyen kepada gambar tersebut, gadis itu dilihat sungguh bahagia dengan percintaannya bersama seorang lelaki bernama, Amar Syazmi dengan mengambarkan kekasihnya itu seorang yang cukup romantik dan sweet.

Bagaimanapun, keterujaan gadis tersebut berkongsi mengenai ‘kekasih hati’ akhirnya memakan diri sendiri apabila kantoi setelah seorang lelaki yang mendakwa pemilik asal gambar tersebut berjaya menghidu dan mengesan perbuatan gadis terbabit.

“Excuse me? This is my photo? I’m not your boyfriend. Please delete this because perhaps your boyfriend is fake. Thank you,” kata lelaki tersebut yang menggunakan nama sebagai, Akbarazman.

Gambar tersebut kini mula menjadi viral di laman sosial yang rata-rata menyindir kelakuan gadis itu dan menyifatkan ia sebagai ‘terdesak’.

Sehingga kini, foto tersebut telah diulang tweet sebanyak 1,957 kali dan disukai lebih 500 orang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.