Bakat Muda Terengganu Bakal Berlatih Di Luar Negara

Kuala Terengganu – Bakat muda bola sepak dari Terengganu bakal menimba pengalaman berlatih di luar negara di bawah program Liga 1Malaysia Cardiff City (1MCC).

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri Datuk Rozi Mamat berkata langkah itu akan dilaksana dengan kerjasama kelab bola sepak 1MCC, yang mempunyai rantaian dengan hampir 20 kelab.

“Kita boleh mendedahkan pemain muda dari negeri ini di peringkat antarabangsa menerusi jalinan kerjasama dengan 1MCC,” katanya pemberita selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara T-Team dan 1MCC di sini pada Rabu.

T-Team diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Abdul Rashid Jusoh manakala 1MCC oleh Ketua Pegawai Operasinya, Cameron Ng.

Rozi berkata MoU itu bakal menyaksikan kerjasama dua hala antara 1MCC dan T-Team untuk menjadikan Akademi Bola Sepak Young Titans sebagai sebuah akademi yang mampu melahirkan pemain berwibawa.

Beliau berkata kedua-dua pihak juga bersetuju meneroka peluang kerjasama dalam membangunkan bola sepak Terengganu, termasuk penganjuran Liga 1MCC di negeri ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.