Anwar Dicemuh Berkempen ‘Rakyat Hakim Negara’, Tidak Beri Manfaat Malah Porak Perandakan

Kuala Lumpur – Solidariti terhadap Ketua Umum Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ditunjukkan oleh penyokong tegarnya dengan pengangjuran kempen bertemakan “Rakyat Hakim Negara” sempena kes liwat II dilihat mendapat cemuhan oleh rata-rata pengguna di laman sosial yang menyifatkan sokongan tidak lagi perlu diberikan kepada ketua umum itu.

Menerusi laman sosial Facebook milik Anwar Ibrahim, pelbagai reaksi negatif telah dilemparkan terhadap kempen tersebut yang kononnya untuk menuntut keadilan serta memberi sokongan kepada Anwar disamping menyedarkan rakyat terhadap sistem perundangan negara.

Salah seorang pengguna Facebook, Ainal Ridhwan berkata, demokrasi yang dianjurkan oleh pihak pembangkang kepada Anwar Ibrahim seolah-olah tidak memberi manfaat memandangkan beliau tidak memberikan sumbangan kepada rakyat dan hanya akan menjadikan Malaysia semakin porak peranda sahaja.

“Asyik-asyik berdemo. Ingat kamu siapa. Satu sen pun kamu tidak tolong rakyat… Mahu rakyat tolong kamu. Apa anda buat untuk tolong rakyat?

“Buat Malaysia jadi porak peranda la..,” tulis Ainal sebagai memberi reaksi balas di laman sosial Anwar Ibrahim.

Manakala seorang lagi pengguna laman sosial menggunakan nama, Papa Kita berkata, keadilan tidak seharusnya diberikan hanya kepada Anwar Ibrahim, namun sebaliknya perlu juga kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang sebelum ini menjadi mangsa kerakusan Pakatan Rakyat dalam merebut jawatan Menteri Besar Selangor.

“Bila jatuhkan TSKI (Tan Sri Khalid Ibrahim) , tiada pulak istilah RAKYAT HAKIM NEGARA. Pandangan rakyat negeri Selangor langsung tak endah. Hangpa (anda semua) banyak pergunakan rakyat saja bila perlu. Just stop it. No more pointless assembly,” selarnya.

Pada 14 Okt lepas, kempen bertemakan “Rakyat Hakim Negara” telah dilancarkan oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) dimana kempen tersebut akan diadakan dalam tempoh 14 hari bagi merancang mobilisasi mega pada hari pendengaran rayuan kes Fitnah II Anwar Ibrahim yang dijadual berlangsung selama dua hari mulai 28 Oktober ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.