5 Lelaki Bantu Siasatan Kes Bom Direman Hingga 20 Oktober

Kuala Lumpur – Lima lelaki berusia di antara 25 tahun ke 46 tahun direman sehingga 20 Oktober ini bagi membantu siasatan kes letupan bom di Bukit Bintang, minggu lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa dalam satu kenyataan hari ini berkata,

kesemua suspek berasal dari Lembah Klang itu ditahan pada jam 6 petang, semalam.

“Tangkapan ke atas lima lelaki berusia di antara 25 tahun ke 46 tahun kesemuanya berasal dari Lembah Klang, dilakukan di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur selepas mereka hadir untuk disoal siasat berhubung kejadian terbabit.

“Kesemua tangkapan telah direman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (CPC),” katanya, di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.