Projek RM450 Juta: PM Dakwa Tak Tahu, Lim Guan Eng Kata Bukan Dia Yang Tandatangan

KUALA LUMPUR – Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata beliau perlu menyemak dahulu surat yang dikatakan dikeluarkan kementeriannya berkenaan sebuah projek bernilai RM450 juta yang didakwa diberikan menerusi rundingan terus.

“Adakah saya yang tandatangan (surat)?” soalnya ketika ditanya pemberita berkenaan surat itu, yang ditandatangani pegawai Bahagian Perolehan Kerajaan kementeriannya.

Selepas mengesahkan surat itu bukan ditandatanganinya, Lim berkata beliau perlu membuat penilaian dahulu berhubung perkara itu.

“Tolonglah, ada banyak surat yang ditandatangani… Saya perlu buat penilaian dulu.

“Anda merujuk apa yang dikatakan perdana menteri (Dr Mahathir Mohamad), bukan? Jadi boleh saya bincang dengan perdana menteri dulu?

“Tidak betul jika saya bercakap sebelum berbincang dengannya dulu,” katanya lagi.

Semalam, Mahathir berkata beliau tidak tahu berkenaan dakwaan kerajaan meluluskan projek RM450 juta di Kota Baru, Kelantan, dan akan menyemak perkara itu.

“Saya tidak tahu, saya tidak pernah luluskan apa-apa. Tetapi saya perlu semak mengenai perkara ini. Mungkin mereka mendapatnya pada masa lalu, mungkin ia kesinambungan,” katanya.

Lain-lain berita;

Terkini! Kerajaan Hanya Tunggu Masa Iktiraf UEC, Tapi UMNO dan PAS Kacau – DAP

Terkini! MAHB Akan Dijual? Syarikat Asing Bakal Urus Lapangan Terbang Di Malaysia?

Lim Kit Siang Bimbang Penyatuan UMNO dan PAS, Berharap Hubungan Putus Sebelum PRU15

Khalid Samad Dakwa Penyatuan Ummah Hanya Retorik, Tapi Kenapa PH Resah?

Surat bertarikh 26 Julai 2019 itu didakwa dari Kementerian Kewangan yang mendakwa perdana menteri telah menulis sepucuk surat pada 9 Julai mengenai kelulusan projek itu secara rundingan terus.

Surat yang tersebar di media sosial itu mengatakan Kementerian Kewangan bersetuju sebuah syarikat dilantik bagi pembinaan bangunan Gunasama Persekutuan di Tunjong, Kota Bharu Kelantan dengan kos RM450 juta.

Ketika ditanya lagi berkenaan surat itu yang memakai kepala surat kementeriannya, Lim bertegas bukan beliau yang menandatanganinya.

“Tetapi bukan saya yang tandatangan. Berapa banyak surat yang saya tandantangan? Dan oleh pegawai lain?

“Jika ia ditandatangani saya, sekurang-kurangnya ada asas. (Jika) ditandatangani pegawai lain, anda tahu berapa ramai kakitangan dalam Kementerian Kewangan.

“Jadi biar saya bincang perkara ini dengan perdana menteri dulu,” katanya lagi. – Mkini

Lain-lain berita;

Terkini! MAHB Akan Dijual? Syarikat Asing Bakal Urus Lapangan Terbang Di Malaysia?

Tinggal Dunia Gengsterisme Selepas Peluk Agama Islam

Terkini! Kerajaan Hanya Tunggu Masa Iktiraf UEC, Tapi UMNO dan PAS Kacau – DAP

Lebih 1,000 Warga Asing Miliki MyKad Sah Dalam Tempoh 5 Bulan Tahun Ini

Siasat Menyeluruh, Adakah Warga China Miliki MyKad Didaftarkan Sebagai Pengundi?

PH Pertikai Kerjasama, Dakwa UMNO dan PAS Akan Cetus Perkauman Melampau

Lain-lain berita;

Terkini! Lim Kit Siang Ultra Kiasu, Jangan Terlebih Kurang Ajar – Prof Dr Ridhuan Tee

Terkini! MAHB Akan Dijual? Syarikat Asing Bakal Urus Lapangan Terbang Di Malaysia?

Tinggal Dunia Gengsterisme Selepas Peluk Agama Islam

Lim Kit Siang Gelabah Macam Dirasuk Hantu Tengok Penyatuan Ummah – Najib

Video: Viral Raja Permaisuri Agong Singgah Berhenti Makan Mi Bandung

Pemuda India Sakit Hati Tengok Mahathir Membebel Tuduh Melayu Malas

Video: Orang Islam Berhak Beli Barang Pilihan Sendiri, Wee Ka Siong Bidas Lim Guan Eng

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.