Video: Saya Patut Kata ‘Ya’ Waktu Dicadang Jadi PM – Wan Azizah

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini menceritakan detik-detik awal dalam pertemuan antara beliau dan Yang-Di Pertuan Agong Sultan Muhammad V  mencadangkannya sebagai Perdana Menteri kerana beliau merupakan presiden parti yang memiliki kerusi parlimen tertinggi dalam Pakatan Harapan.

Namun ujar Wan Azizah beliau telah menolak dan menyatakan pihak Pakatan Harapan telah bersetuju untuk memilih Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7.

“Sudah tentu, kami telah mencapai kata sepakat untuk melantik Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, manakala saya pula sebagai Timbalan Perdana Menteri.

“Namun apabila pulang ke rumah, saya menyesal kerana sepatutnya saya kata ya (untuk menjadi Perdana Menteri),” selorohnya yang mengundang tawa para hadirin yang hadir.

Wan Azizah berucap demikian pada majlis makan malam Persekutuan Persatuan Pengamal Perubatan Swasta di Hotel Sunway Putra malam ini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Presiden Persekutuan Persatuan Pengamal Perubatan Swasta, Dr Steven Chow.

Pada majlis tersebut, Dr Wan Azizah menerima “mock-cheque” bernilai RM100,000 daripada Dr Steven sebagai sumbangan kepada Tabung Harapan Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.