Pelajar Sedang Makan Terkejut Kantin Kolej Tayang Video Porno Di TV

ZHANGJIAJIE: Kira-kira 30 pelajar sebuah kolej di China yang sedang menikmati makan malam terkejut apabila secara tiba-tiba skrin televisyen di kantin kolej mereka menayangkan aksi pornografi yang keterlaluan. 

Dalam kejadian yang dilaporkan berlaku beberapa hari lalu itu, video tersebut dipaparkan selama kira-kira tiga minit sebelum kakitangan di Kolej Vokasional Industri Penerbangan dan Teknikal di Zhangjiajie, wilayah Hunan itu menyedari perkara berkenaan dan mematikan tayangan di skrin.

Seorang kakitangan memberitahu South China Morning Post (SCMP) bahawa pihaknya telah melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.

Kolej itu berkata penggodam, mungkin dipersalahkan untuk kejadian itu, dan bukannya kakitangan di situ.

“Sistem itu mungkin telah digodam, atau sengaja dimanipulasi oleh orang lain,” seorang pekerja memberitahu portal video Btime.

Memandangkan ia adalah perkhidmatan televisyen internet, penggodam mungkin boleh mengaksesnya melalui Bluetooth atau langkah-langkah operasi jarak jauh yang lain, katanya.

Kakitangan itu juga menambah polis sedang melakukan siasatan mengenai kes tersebut. -SuaraTv 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.