Pecat Jika Betul Terlibat Rasuah – Anwar

KUALA LUMPUR: PKR akan memecat dua ahli parti itu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), jika benar mereka terlibat dengan rasuah.

Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, PKR tidak memandang ringan terhadap mana-mana ahli yang mengamalkan politik wang sewaktu pemilihan parti.

“Kalau betul terbukti (rasuah) saya akan kemuka usul supaya dipecat mereka daripada menjadi ahli,” katanya ketika berucap pada sesi soal jawab program ‘Meet Anwar’ anjuran Anwar Ibrahim Club di sini hari ini.

SPRM menahan dua ahli PKR kerana disyaki meminta suapan berkaitan pemilihan bahagian parti itu di Kedah.

Kedua-dua suspek dikatakan meminta wang suapan berjumlah RM20,000 daripada seorang lelaki sebagai dorongan agar namanya yang sudah didaftarkan untuk pemilihan parti dikekalkan di dalam sistem, sekali gus layak untuk bertanding.

Kedua-duanya ditahan reman sehingga Jumaat depan. -SuaraTv 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.