Menteri Akui Harga Telur Naik Selepas Cukai SST Dilaksanakan

KUALA LUMPUR – Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mengakui harga telur gred B dan C meningkat selepas Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dilaksanakan 1 September lepas.

Saifuddin berkata, telur gred B dan C itu merupakan antara 25 barangan harian yang paling banyak dibeli oleh pengguna di pasaraya-pasaraya di seluruh negara.

“Yang ini (harga telur gred B dan C) harga naik, yang ini saya mengaku secara jujur ada kenaikan harga sejak SST dilaksanakan 1 September lepas.

“Apa tindakan kementerian (KPDHEP)? Sudah tentu kementerian akan menghubungi pembekal setelah kita melihat harganya begitu,” katanya dalam program Agenda AWANI malam kelmarin.

Saifuddin menjelaskan beliau sendiri telah membuat tinjauan di beberapa pasaraya dan meminta senarai barangan yang menjadi pilihan pengguna setiap hari. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.