Gempa Bumi Lemah Di Kinabatangan

KINABATANGAN: Gempa bumi lemah dilaporkan berlaku di kawasan pesisir pantai daerah ini, awal pagi tadi.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi 3.7 magnitud itu dikesan pada jam 3.19 pagi di koordinat 5.7 darjah Utara dan 119.2 darjah Timur pada 103 kilometer (km) di timur Kinabatangan serta pada kedalaman 101km.

Menurut kenyataan itu, gegaran mungkin dirasai di sekitar Sandakan dan Kinabatangan serta tiada ancaman tsunami dilaporkan. – BERITA HARIAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.