Dalai Lama Akui Tahu Kewujudan Kes Guru Buddha Cabul Penganut

THE HAGUE – Pemimpin agama dari Tibet, Dalai Lama mengakui tahu perbuatan guru Buddha mencabul penganut ajaran itu sejak 1990an sambil menyifatkan perkara itu ‘bukan sesuatu yang baru (diketahui).’

Dalai Lama, 83, yang mendapat sokongan jutaan penganut Buddha di seluruh dunia, membuat pengakuan itu ketika melakukan lawatan empat hari di Belanda.

Kelmarin, beliau yang tinggal dalam buangan di Dharamshala, utara India, bertemu dengan sekumpulan mangsa penderaan seksual yang dilakukan guru Buddha.

Beliau memberi pandangan itu sebagai membalas satu gesaan sekumpulan mangsa yang melancarkan petisyen di talian meminta untuk bertemunya ketika beliau berada di sini sebagai sebahagian kunjungan ke Eropah.

“Kita mendapat perlindungan melalui ajaran Buddha dengan bersikap terbuka dan berlapang dada sehinggalah kita menodainya atas namanya,” menurut petisyen mangsa berkenaan.

“Saya sudah tahu perkara ini, ia bukan baru (diketahui),” kata Dalai lama ketika menjawab di televisyen NOS.

“Dua puluh lima tahun lalu, ada pihak menyebut mengenai masalah mengenai dakwaan seksual itu ketika di satu sidang guru Buddha di Dharamshala, katanya lagi.

“Orang yang melakukan penderaan seksual tidak peduli dengan ajaran Buddha. Sekarang ini ia telah didedahkan kepada orang ramai dan mereka (yang terbabit) mungkin bimbang mendapat malu,” kata Dalai Lama. – Hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.