Bomoh guna api rawat pesakit

SHAH ALAM – Berhajat untuk merawat dirinya dengan masalah kecacatan, lelaki di India mengalami kecederaan akibat terbakar setelah bertemu bomoh.

Dilahirkan sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU) Bhawani Shankar Nanda, ke kampung Vagamunda, Kandhamal untuk berjumpa bomoh untuk mendapatkan rawatan tradisional.

Bomoh itu dipercayai menggunakan ritual menggantungkan Bhawani pada sebatang besi dengan kepalanya dihalakan ke bawah api yang marak.

Akibat ritual berkenaan, Bhawani bukan sahaja berjaya merawat kecacatannya malah mengakibatkan tubuhnya terbakar.

Pada mulanya bomoh yang melakukan ritual di sebuah kuil itu menyalakan api dengan sederhana namun semakin lama api marak menymbar tubuh Bhawani.

Orang ramai di sekitar kuil itu kemudian dilihat cuba untuk membantu Bhawani yang berada dalam keadaan terkapai-kapai dan menjerit kerana sakit dan panas akibat api yang membakar tubuhnya, namun segalanya sudah terlambat.

Kejadian mula menjadi semakin teruk apabila Bhawani terjatuh ke dalam bekas dengan bara api itu dan sekaligus menyebabkannya mendapat kecederaan luka terbakar yang teruk di hampir di keseluruhan badannya yang tidak berbaju.

Bhawani kemudian segera dikejarkan ke hospital terdekat oleh ahli keluarganya untuk mendapatkan rawatan kecemasan. Kesan terbakar boleh dilihat di sekitar badan, wajah dan tangannya.

Doktor di hospital dilaporkan merasa terkejut setelah mendapat tahu punca Bhawani mendapat kecederaan sedemikian rupa. Doktor juga menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan rawatan ilmu hitam yang mendakwa boleh merawat masalah kecacatan.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.