Video: Najib Tunaikan Janji Bawa Isu Rohingya Ke AS

Sepang – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu isu mengenai pelarian Rohingya sebenarnya tidak ada dalam kenyataan rasmi sebelum beliau bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.

“Sebelum saya jumpa dengan presiden Donald Trump, soal Rohingya tidak ada dalam kenyataan rasmi. Saya minta ia dimasukkan ke dalam kenyataan rasmi. Saya minta Amerika Syarikat menyatakan pendiriannya.

“Alhamdulilah kenyataan tegas telah dikeluarkan,” katanya.

Najib tiba di Malaysia selepas mengadakan lawatan rasmi selama tiga hari ke Amerika Syarikat untuk bertemu dengan Presiden Donald Trump.

Sebelum berangkat ke AS, Najib telah berjanji kepada rakyat Malaysia bahawa beliau akan membawa isu mengenai kekejaman yang dialami oleh pelarian Rohingya kepada Donald.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.