Video: Najib Dedah Mahathir Bayar Pelobi Berjuta Ringgit

Sepang – Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah membayar seorang pelobi untuk bertemu dengan  Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush.

Menurut Najib, pelobi itu bermastautin di Hong Kong dan Mahathir telah membayar pelobi berkenaan berjuta-juta ringgit.

Jelasnya, pelobi itu dibayar melalui kontrak Tenaga Nasional Berhad (TNB) iaitu kontrak batu arang.

“Saya nak cerita bahawa Dr Mahathir membayar pelobi berjuta juta ringgit. Dia nak jumpa Bush. Malam ni saya nak terangkan. Saya tahu. Dr. Zahid pun tahu.

“Siapa yang Dr Mahathir gunakan?. Arwah Tan Sri Megat Junid sebagai perancang utama. Tahu macam mana dibayar? Melalui kontrak TNB yakni batu batu. Berjuta-juta dibayar kerana apa, nak sangat jumpa Presiden Bush.

“Tapi tak dapat sambutan macam saya dapat ini. Nanti kalau perlu kita boleh didedahkan, kita boleh dedahkan nanti,” katanya.

Najib berkata demikian sebaik sahaja kapal terbangnya mendarat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL di Sepang sebentar tadi.

Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor disambut oleh lebih 1,000 orang yang turut membawa sepanduk bagi menyambut kepulangan beliau dari lawatan ke AS.

Turut menyambut kepulangan beliau ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersama beberapa menteri Kabinet lain.

Justeru kata, Najib, Mahathir sepatutnya tidak menjadi hipokrit kerana lawatan beliau ke Amerika Syarikat adalah kerana Malaysia.

Najib turut membidas pembangkang yang menguar-uarkan bahawa beliau takut ke Amerika Syarikat kerana akan ditangkap.

Sebaliknya, kata Najib, kedatangan beliau disambut dengan penuh penghormatan dan di luar dugaan beliau sendiri memandangkan Trump adalah Presiden sebuah negara besar dan kuasa dunia.

“Saya ke sana bukan untuk meminta sedekah tapi saya nak nyatakan bahawa Malaysia dah sampai ke tahap negara yang dah jadi pelaku global,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.