Norma Cecah Kekuatan Taufan Berhampiran Mexico

MEXICO CITY – Kekuatan Ribut Tropika Norma sudah meningkat ke tahap taufan di pesisir Pasifik Mexico lewat semalam, beberapa jam selepas kawasan itu dibadai Ribut Tropika Max.

Menurut AFP, kemungkinan besar Norma akan bergerak ke arah kawasan pusat peranginan Los Cabos, kata Pusat Taufan Nasional (NHC) Amerika Syarikat di Miami, lapor BH.

Pada jam 10.00 pagi waktu tempatan hari ini, Norma berada kira-kira 435 kilometer ke selatan Cabo San Lucas dengan kelajuan angin 120 kilometer sejam. Ia dijangka kembali kuat dalam tempoh beberapa hari lagi, kata NHC.

Ribut Max melanda pesisir Pasifik Mexico sebagai taufan Kategori Satu dan kemudian diturunkan taraf kepada ribut tropika, kelmarin.

Menurut NHC, ribut itu masih mempunyai kelajuan angin 110 kilometer sejam dan sedang bergerak ke arah daratan di selatan Mexico dengan kelajuan 13 kilometer sejam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.