Naib Presiden PPBM Umum Keluar Parti Serta Merta

PETALING JAYA – PPBM menerusi satu kenyataan media mengesahkan pengasas bersama yang juga Naib Presiden, Datuk Hamidah Osman telah melepaskan semua jawatannya dan mengisytiharkan keluar daripada parti itu berkuatkuasa hari ini.

Memetik kenyataan Setiausaha Agung PPBM, Datuk Shahruddin Md Salleh berkata, Majlis Pimpinan Tertinggi MPT (MPT) PPBM bersetuju menerima peletakan jawatan tersebut dan menghormati keputusan Hamidah.

“PPBM menghormati keputusan beliau dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas sumbangan beliau terhadap PPBM selama ini,” katanya.

Pengumuman tindakan drastik Hamidah itu menyusul beberapa jam selepas seorang lagi pengasas bersama PPBM, Anina Saadudin terlebih dahulu bertindak keluar parti petang tadi. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.