Mursi Disabit Kesalahan Jadi perisik Qatar

KAHERAH – Mantan Presiden Mesir, Mohammed Mursi dari kumpulan Ikhwanul Muslimin dijatuhkan hukuman penjara 25 tahun oleh mahkamah selepas disabitkan dengan kesalahan menjadi perisik upahan Qatar.

Menurut Reuters, Mursi yang dipilih secara demokrasi selepas revolusi Mesir pada tahun 2011 digulingkan pada pertengahan tahun 2013 oleh Jeneral Abdel Fattah al-Sisi susulan pemberontakan besar-besaran terhadap pemerintahannya, lapor Bh.

Mahkamah di Mesir meringankan hukuman penjara Mursi bagi kes Qatar itu kepada 25 tahun dalam keputusan akhirnya, berbanding 40 tahun yang ditetapkan sebelum ini.

Mursi sebelum ini sedang menjalani hukuman penjara selama 20 tahun selepas disabitkan dengan kesalahan membunuh peserta tunjuk perasaan pada tahun 2012.

Sejak berjaya merampas kuasa dari Mursi, Sisi telah mengharamkan sepenuhnya gerakan Ikhwanul Muslimin termasuk dengan menjatuhkan hukuman mati ke atas ratusan pengikut kumpulan berkenaan.

Pada tahun 2014, Mursi dan sembilan pengikut didakwa menggugat keselamatan negara dengan membocorkan maklumat dan dokumen sulit kepada Qatar ketika hubungan kedua-dua negara sedia bermasalah berikutan sokongan penuh Qatar terhadap beliau. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.