Hamil Empat Bulan, Tenaga Yatt Hamzah Berganda

KUALA LUMPUR: Pengacara Yatt Hamzah yang kini hamil anak ketiga enggan menjadikan berbadan dua sebagai alasan untuk bermalas-malasan sepanjang hari.

Kata pemilik nama sebenar Haryati Hamzah, 37, itu, tenaganya juga dirasakan semakin berganda walau dalam keadaan usia kandungan memasuki bulan ke empat,

“Siapa kata ibu hamil asyik tidur disebabkan kurang bermaya. Tidak semua begitu kerana saya sendiri bukan jenis kaki tidur ketika mengandung. Setakat sakit badan itu perkara biasa.

“Sekarang ini pun saya melakukan rutin harian seperti biasa termasuk bekerja, mengemas rumah dan menguruskan dua anak. Malah saya tetap aktif dalam program Usrah Suci.

“Ada kalanya, walaupun tiba di rumah sudah tengah malam, saya masih mampu menguruskan anak dan lagi mencuci tandas,” katanya yang mengakui tidak berdepan masalah alahan pada awal kehamilan.

Begitupun, Yatt memastikan segala aktiviti yang dilakukan tidak membahayakan kandungan dan pada masa sama sentiasa memantau pergerakan bayi di dalam perut.

“Wanita hamil memang perlu berhati-hati tetapi perlu kuatkan diri. Jangan malas kalau tidak mahu berat badan naik. Makanan pun perlu dijaga serta jangan lupa rajin mengaji al-Quran,” katanya lagi.

Yatt yang berkahwin dengan juruvideo, Mohammad Zulfadhli Khairuddin pada Februari 2016, dikurniakan Suci Humaira Iqlima berusia lapan bulan manakala menerusi perkahwinan terdahulu dia mempunyai seorang anak perempuan, Suci Hanania Malika, 7.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.