Fathia Digugur Kerana Masalah Disiplin

KUALA LUMPUR: Syarikat produksi TenView Sdn Bhd menggugurkan Fathia Latiff daripada drama la Luna kerana mendakwa pelakon itu gagal memberi komitmen.

Penerbitnya, Norazah Sahud, mendakwa Fathia hadir ke lokasi penggambaran dalam keadaan tidak terurus menyebabkan penggambaran yang sepatutnya bersambung di Johor Bahru (JB) pada 14 September lalu tertunda.

“Penggambaran drama ini sudah bermula sejak dua minggu lalu di ibu kota, sebelum bersambung di JB. Sepanjang penggambaran di Kuala Lumpur, Fathia tidak menimbulkan sebarang masalah besar.

“Penggambaran di JB sepatutnya bermula bermula jam 9 pagi kelmarin, tetapi Fathia meminta supaya jadual dianjakkan kepada tengah hari. Kami sedia bertolak ansur dan memenuhi permintaannya.

“Masalah timbul apabila dia tiba dalam keadaan tidak bermaya menyebabkan penggambaran terpaksa ditunda.

“Kami cuba berdiplomasi dan masih memberinya peluang tetapi terkilan apabila dia gagal pula hadir ke lokasi penggambaran, semalam tanpa sebarang alasan,” katanya.-Bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.