Fathia Didakwa Menari Seksi di Bigo Live, Enggan Ulas

Sebuah video rakaman Bigo Live pelakon baru Natasha Elyzza bersama seorang wanita mirip aktres Fathia Latiff sedang hangat diperkatakan di laman sosial.

Video itu menunjukkan Natasha dan wanita itu sedang menari dan berpakaian agak seksi sehingga menampakkan sebahagian payudaranya.

“Kalau boleh saya enggan komen mengenai perkara ini. Hanya Allah sahaja yang tahu,” katanya ringkas, memetik laporan Gempak.

Ketika ditanya apakah reaksinya apabila netizen mula menyerang laman Instagram miliknya, Fathia ada jawapan tersendiri.

“Biarlah, jika netizen meninggalkan komen negatif, saya dapat pahala,” katanya lagi.

Fathia juga memberikan jawapan serupa ketika ditanya adakah terdapat sebarang unsur sabotaj yang mahu dilakukan keatas dirinya tatkala video tersebut tersebar.

“Hanya Allah sahaja yang tahu,” katanya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.