Tun Malaysia Bangga Ada Nama Unik

KUALA LUMPUR – Seorang gadis yang berusia 19 tahun nyata boleh berbangga dengan namanya apabila ibu bapanya menamakan dirinya sebagai Tun Malaysia Venecia Zaman Riera.

 

Menurut beliau, nama tersebut diambil bersempena negara kelahiran ibu dan bapanya yang berasal dari Malaysia dan Venezuela.

 

Tambah beliau, membesar dengan nama yang unik ini nyata mempunyai cabaran kerana ketika masih kecil, beliau sering diejek oleh rakan sebaya.

 

“Sejak kecil lagi saya sering diejek oleh rakan-rakan dengan memanggil saya ‘Cuti-cuti Malaysia atau Malaysia boleh’.

 

“Namun sekarang saya sudah besar dan boleh menerima nama saya kerana ia merupakan satu nama yang cantik,” katanya.

 

Bercerita mengenai bagaimana ibu bapanya mendapat inspirasi menggunakan nama tersebut, beliau berkata ia bermula apabila bapanya yang merindui kampung halaman kerana beliau terpaksa bekerja di Venezuela sebagai Penasihat IT.

 

“Saya dilahirkan di Venezuela dan pada masa itu ayah saya seorang yang sangat patriotik dan sangat merindui kampung halamannyadan mencadangkan kepada ibu saya untuk menamakan saya sebagai Malaysia dan ibu saya bersetuju.

 

“Namun ibu saya sedikit cemburu, jadi dia juga mahu meletakkan nama Venezuela namun terlalu panjang lalu menggunakan Venecia yang merupakan nama lama bagi Venezuela,” jelasnya

 

 

Walaupun lahir di luar negara, namun Malaysia sentiasa menjadi sebagai ‘Rumahnya.

 

Beliau yang juga fasih 3 bahasa iaitu Bahasa Melayu, English dan Spanish nyata dekat dengan budaya Melayu sehinggakan beliau dan kakaknya memasuki pertandingan Silat Gayong. -SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.