Solat Jenazah Ghaib Untuk Allahyarham Haron Din – Jamil Khir

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyarankan agar seluruh umat Islam di negara ini mengadakan solat jenazah ghaib untuk Allahyarham Datuk Dr. Haron Din.

 

Beliau berkata, solat tersebut boleh dilaksanakan sebaik sahaja urusan berkaitan jenazah Mursyidul Am Pas itu di California, Amerika Syarikat selesai.

 

“Saya turut menyarankan semua masjid utama dan surau Jumaat di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk melaksanakan solat jenazah ghaib.

 

“Saya juga memohon kerjasama majlis agama Islam negeri dan jabatan agama Islam negeri agar dapat meminta seluruh masjid di negeri masing-masing untuk bersama-sama melaksanakan solat jenazah ghaib,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.