Polis Serbu Rumah Remy Ishak?

KUALA LUMPUR – Rumah pelakon, Remy Ishak semalam didakwa diserbu polis selepas dipercayai menerima laporan dari seorang individu.

 

Remy menerusi laman sosial Twitternya memuat naik sekeping gambar menunjukkan pihak polis menyerbu rumahnya di Serdang, Selangor walaupun semasa ketiadaannya di rumah.

 
“Polis serbu rumah walaupun saya tiada di sana. Lepas ugut bunuh, sekarang dia aniaya pula,” kata Remy menerusi kapsyennya.

 

Setakat ini, tidak diketahui apakah maksud perkataan ‘ugut bunuh’ yang dinyatakan pelakon Nur Kasih itu memetik laporan Utusan.

 

Pelakon itu ketika ini juga gagal dihubungi dan enggan mengulas lanjut.

Sebelum ini, Remy membuat beberapa laporan polis selepas mendakwa menerima ugutan bunuh daripada seorang lelaki yang diupah seorang wanita berstatus kenamaan.

 
Ugutan itu didakwa adalah disebabkan keengganan pelakon itu untuk bertemu dengan wanita yang dikatakan berasal dari sebuah negeri di Pantai Timur tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.